Saturday, May 25, 2013

Sadness.

Assalamualaikum.

Hello hi ola marhabba,




Saya dah balik daripada Penang. So rindu tak tak tak? Tak? Tak kisah pun. Muahaha okay dah gedik.

Okay saya sedih. Sebab apa? Sebab sedih la. "Nak sedih pasal apa weh? Exam dah habis laaa!!" "Takyah nak sedih sangat lah weh. Cuti dua minggu. ENJOYYYY!!" Exam dah habis? Lagi lah sedih. Sebab apa? Result boleh terbang bila bila masa je masuk dalam peti surat rumah tuhhhhhh! Ergh v.v Cuti dua minggu? Syok ah cuti dua minggu? Ha ha ha? Homework bertimbun tuh, how? Folio addmaths, folio kerjaya plus homeworks tuh semua haaaaaaa? Lol emosi betul -.- Hm seteghaih wehhh v.v

Talking bout exam, so nak buat conclusion for every subject.

13 May, BM - Karangan. Aku taktahu la benda pa aku dok merapu dalam karangan. Peribahasa hancusss leburrrr ~

14 May, Agama - Kira boleh-tahan-la-jugak en. Kira boleh-jawan-lah-jugak. Tapi entah la. Sejak naik form 5 ni, Agama aku macam teruk je. Selaras 1 B, Selaras 2 C terus! Hm. Semester kali ni, entah la..... Tapi serious dah pulun menghafal v.v Dan esoknya pulak dua subjek sekali gus nak jawab. Haaa memang mental breakdown ah malam tuh

15 May, Addmaths + Sejarah - Addmaths. Hm paper 1 at least boleh la jawab jugak en. But when it comes to paper 2 aku rasa macam nak koyak kertas jawapan!! Ya Allah susahnya aku taktahu la nak cakap macam mana. Haih. Apa yang aku takut, fail. Serious takut gila. Susah sangat v.v Sejarah pulak banyak careless..... Paper 1 especially......

16 May, Physics - Happy Teacher's Day especially to my beloved happening cool physics's teacher, Sir Nazrul! Hahaha terima kasih bagi saya tips time jawab exam. Lol but I'm cs not performing well for this semester. I've tried my best. But.... Hm. Yang pasti result tak sehebat Selaras.

17 May, Chemistry - Well, sangat bersemangat study chemistry semenjak Selaras 2 hari tuh result kawan-2 semua buat cikgu tersenyum. Cikgu "Cikgu seronok tengok result kamu semua kali ni" But when i looked at mine, hm "I'm sorry teacher. Saya cuba untuk kejar apa yang kawan-2 belajar selama 2 minggu saya skip kelas. Tapi ni je yang saya mampu. Tak hebat macam kawan-2. Tapi InsyaAllah saya pulun untuk Final ni." So atas sebab dah cakap macam tuh dengan cikgu, sungguh-2 study chemistry. Taknak cikgu sedih, taknak cikgu patah hati. Tapi hari jawab paper chemist, hm rasa macam "apa yang aku belajar selama ni? Apesal jadi macma ni?" Takut. Tak yakin. Semua ada. Hm

18 May - Cuti

19 May - Cuti. Esoknya Biology. So dengan buku bio sepanjang hari. And the day I had a problem that...... Hm

20 May, Biology - Paper 1 teruk sangat. Dua hari study cover paper 2 and 3 je. Sekali datang paper 1 melopong nak jawab. Ha hambek kau padan muka kau nyahhh ~ Disebabkan stress fikir paper 1, masuk paper2 and 3 blank blank blank. Soalan structure ada satu tak jawab. Terbang 12 markah broooo!! Awesomee lah Nurul. Essay pulak lupa point yang aku hafal gila-2 sampai lewat malam. Apak kalut aku dengan Bio ni -.-

21 May, Sivik - Harini relax sikit. Sivik je en. Pukul 3 petang pulak tuh. Haiya. So pagi cikgu matematik dah ambil waktu free kami untuk dipenuhi dengan latihan matematik memandangkan esoknya paper Math Mode. Bestfriend dengan calculator ah pagi tuh. Bila dah nak habis around twelve macam tuh cikgu kata stop and study sivik. Semua kerumun buku teks sivik. Al maklumlah, tak semua orang ada buku teks sivik. Tak silap budak 505 je yang dapat. Yang lain nganga ah takda buku. Ratio untuk satu buku 10+- yang baca. Syok la study sivik reramai ~~ Even sivik je, nampak simple punya subjek en, tapi nak jawab susah taw. Most of the answer logik. So kena baca buku jugak untuk tahu fakta dia. Masuk dewan dengan bekalan study tak sampai 2 jam. Dan aku orang terakhir yang hantar kertas jawapan. Bahh malu gila......... Then kami satu batch buat video untuk Hari Guru. For me Awesome dah idea tuh. Heee semua kena berlakon en. Good idea good idea (Y)

22 May, Math Mode + PJK - Malam sebelum exam cover semua topic yang rasa susah. Plus slot mathematic sedikit sebanyak sangat membantu jugak la bagi aku sedar math mode ni tak semudah yang aku sangka kalau tak study, tak buat latihan. Lepas cover math mode, study PJK. Depends pada notes yang Atul buat. Sekalung terima kasih diucapkan kepada Qurratul. Dan pagi sebelum masuk dewan selak buku math mode sikit-2. Ingat apa yang patut ingat. Sangat berharap pada math mode je untuk dapat A. Sebab subject lain pun macam hape je en. So paper 1 ada jugak la yg try tekan calculator pun still tak dapat jawab. Tapi bukan salah calculator. Salah aku yg taktahu teknik nak kira. So 5 peluru lepas macam tuh je. Keluar dewan dah nampak satu soalan careless. Bahhh ~ Then study sikit-2 untuk paper2. Taknak careless dah.

Tengah jawab blackout pulak. Kalut dah aku. Dah la tak pakai jam, bila blackout, jam besar merah menyala kat depan tuh tak menyala dah la. Ish aku dah la jenis jawab paper math mode selalu tak cukup masa. Mati aku kalau takda jam. Tak dapat nak bajet masa. Tapi nak buat macam mana, jawab la. Dengan masalah mata aku, duduk dalam dewan, tak gelap tapi aku masih memerlukan cahaya untuk baca soalan. Nasib baik duduk belakang, aku angkat kertas cari sumber cahaya yang masuk dari pintu. Heee. Kalau duduk depan kena syak meniru dah lettuw. Alhamdulillah cukup masa. Soalan pilihan pun buat semua. Kira kali ni perform well lah untuk math mode. Moga dapat A.

PJK jawab kat kelas. Masa jawan mengantuk gila. 15 minit jawab pastuh tidur. Betul ke tak jawapan tak kisah dah. Aku dah menangis gara-2 mengantuk kat belakang. So dah siap tidur. Then ustaz kasi lepas awal for those yang dah siap. Heaven sambung tidur kat cube :3

23 May, English - English teruk tang novel tuh. Aku lah... haih memang tak reti nak jawab bahagian tuh. So aku merapu tahap gaban jelah, aku cerita jelah apa yang aku tahu pasal novel tuh. Lantak ah. Habis exam pukul 12.30 semua plan nak jumpa cikgu Nazrul for the last jumpa sebab dia nak pindah........... Tapi aku tak sempat jumpa. Lepas habis exam cari cikgu takda. Rupanya cikgu dalam dewan uruskan majlis Muafakat. Habis pukul 1. Aku dengan barang tak packing lagi nak balik. Bas pulak pukul 2 nak gerak. Memang kalut gila.

Lepas makan terus balik asrama. Kemas mana yang patut bersiap. Memang dalam keadaan kalut semua benda nak buat cepat-2. Nak turun awal. Dengan harapan sempat jumpa Cikgu Nazrul bila pergi jabatan. 1.30 turun terus pergi jabatan tengok tempat Cikgu Nazrul, cikgu takda dalam bilik dia. Keluar dengan broken heart pergi foyer usung beg terus pergi pavi naik bas. Sedih. Hm nak cakap sorry dekat cikgu sebab markah physics teruk........... Then tak sempat. Takda jodoh nak jumpa cikgu. Hm. Good luck w new students in Terengganu taw, cikgu!! Terima kasih sudi ajar kami, layan kerenah kami, senyum dengan gelagat kami. Cikgu sangat cool sempoi habis!! Kami sayang cikgu :')



*source : AtikahAbdRahman's Instagram*
No one can be like you, teacher :')

Kesimpulannya, sepanjang dua minggu sebelum cuti ni memang sangat stressss. Dengan examnya. Dengan study yang tunggang langgang. Dengan masalah yang berkepul kepul datang. Dengan emosi yang hampir setiap hari berlaku mental breakdown. Terasa sangat lemah. Tapi nak buat macam mana kan? Try untuk bahagiakan diri sendiri. Selagi boleh senyum, senyum. Selagi boleh ketawa, ketawa. Kalau perlu menangis, menangis sepuas puasnya. Hidup dekat dunia, lepas seronok bahagia dan sebagainya, pasti akan terselit kesedihan. Tak banyak, sikit. Tak sikit, dah tentu banyak. Well, itu lah hidup sebagai manusia. Hamba Allah yang lemah. Allah menguji kerana sayang. Cuba untuk jadi yang lebih baik. Aku, aku juga cuba untuk muhasabah diri. Sekian, man jadda wa jada.

Before that, thank you to Kak Sya sebab selalu nasihat Nurul dalam usaha untuk berjaya dalam pelajaran ni. Nurul selalu fikir negatif. Kakak selalu kata, doa. "Jangan putus doa. Kuasa Allah mampu ubah apa sahaja." Yeah, InsyaALLAH Nurul akan cuba yang terbaik untuk SPM. Kalau dah berjaya, Nurul tak lupa kakak. InsyaAllah ^^ "Demi masa depan, penat sekarang takpa, nanti ada banyak masa untuk seronok-2." 







InsyaAllah. #PrayForSPM2013Candidates











.
Thanks for spending your time reading my entry ♥

No comments:

Post a Comment