Thursday, March 28, 2013

Eh hi! :)

Assalamualaikum.


Eh hi! Hahaha takda motif pun letak gambar ni sebenarnya. Lol

Its has been about.......... three months kot tak update blog. Oh lamanya... Hm maklum lah orang busy kan. So tak sempat nak berada di alam maya ni. Ceh bajet x)

Ha, few days ago result SPM diumumkan kan? Yeah. Mjsc Kepala Batas mempunyai 20 orang pelajar yang mendapat straight A dan seorang straight A+. Guess who? Kak Fatin Nadia!! :D Can't imagine how brilliant she is lah kan. Urgh! If she can why not us? So, dear 96' batch of Mjsc Kepala Batas, everything we do together, grab the straight A also together ;) Good luck you alls!! :D

Nak cerita pasal trip kitorang Homeroom Puteri, Homeroom Hazrat and Ex Homeroom Puteri pergi Langkawi. Tapi tapi tapi, ah moment di sana sukar untuk digambarkan. Yang penting aku BAHAGIA ~~~~ Lol. So, biar ianya jadi kenangan kami dan kenangan terindah aku x) Cececeh.




Seminggu sebelum cuti, eh seminggu ke? Err. Mungkin. Eh tak, beberapa minggu yang lepas la kot. Minggu aktiviti Mrsm Kepala Batas dijalankan. Minggu yang exhausted gila gila tapi happening!! Hewhew. First day of activity week, cross country. Hell yeah. I need to run about 8 km kot. Gila jauh. Lelaki perempuan sama jarak pulak tuh. So, if girls can run as far as that, lelaki kira kalah dengan perempuan lah en? Kalau Esempi dulu, jarak untuk lelaki akan dipanjangkan :3

Okay nak cerita first day minggu aktiviti. Pepagi biasa lah en, terjerit terpekik terlolong dekat aspuri minta semua pelajar puteri turun. Then semua gerak tapak Quranik untuk first activity iaitu senamrobik. Bwp Exco Sukan sangat bersemangat pagi tuh. Masa tuh rasa macam "Amboi Fadhil. Dah kenapa semangat semacam ni? Dah tak segan macam dulu dah. Bravo Fadhil!!" Hahahaha. Fun jugak lah pagi tuh en. First day nak lari pulak lepas tuh. Hehehehe.

Moment student semua dah di lepaskan. Sentiasa dengan Solehah Salim. "Kita lari sama-2 taw" Anyonyo sweet kawan aku seorang ni. Seperti semua sedia maklum, Solehah salah seorang athlete lari maktab. So stamina dia tinggi lah en. Me? Nak lari round maktab pun semput -,- Apa yang paling aku salute dekat minah ni, she always support me. "Kau boleh, Tanty. Tarik nafas dalam-2 kalau sakit. Kau dah lari jauh dah ni. Cuba fikir, kau dah usaha lari sejauh ni, then tak kan kau nak orang yang kau tinggalkan tadi pecut kau, potong kau? Langkah besar, jangan pressure. Constant kan speed kau. Kalau laju sangat nanti kau cepat penat. Dah stop jangan lama-2. Nanti enjin kau sejuk nak lari balik payah. Berjalan sekejap pastuh lari balik. Kau boleh!" Sepanjang jalan dia bebel je. One part aku dah taktahan. "Kau lari la dulu weh. Aku tak larat dah doe. Sakit gila ni. Kau lari dulu." "Takpe ke? Aku risau kau jatuh je ni. Buatnya kau pengsan ke apa, kau sensorang. Ish aku tak yakin nak tinggalkan kau. Kat depan ada cikgu, kau stop eh?" "Its okay aku teruskan cuma mungkin lambat sikit. Kau lari dulu" See, how caring la kawan aku seorang ni. Gawd terharu terharu *shed tears* Thank you Allah for presenting her in my life :') At last, she got number 14 and I got 28. Hahaha sekurang kurangnya saya dapat number okay. But, sorry to Lyla sebab aku kau dapat number 14. Kalau tak confirm kau top 10. Hm

Slot petang adalah slot LDP ;) Hahaha. Sebelum masuk dewan, aku dengan Lyla mengamuk dulu dekat Ds. Lol Lyla sangat garang petang tuh...... Geram sangat mungkin? ....... Dah settle semua baru kami masuk dewan. Slot kami petang tuh tayangan je. Sepatutnya explorace. Tapi macam kerja gila je nak suruh budak-2 explorace lepas Merentas Desa. Kalau hakoO pun aku taknak. Tidur kat asrama lagi bagusss ~ So, our President decide untuk buat tayangan + quiz sebagai sampingan. Atau slot kami lebih dikenali sebagai "Who want to be a GENIUS GOLDEN GENERATION!" Kira boleh tahan jugak lah idea dia tuh. Mula-2 rasa macam "habis lah semua tidur dalam dewan kalau kita buat tayangan. Dah la dewan ber'air cond' and semua penat". Tapi yang sangat tidak disangka-sangka, slot kami petang tuh dapat sambutan!! So, CONGRATULATION to Aiman Hakim and Khairul Azwari :D Tak sia-2 korang sengkang mata sampai pukul 3 pagi siapkan slide untuk quiz. Bravo lah korang! Clap clap clap everyone! :3





Second day upper form kira relax la. Tak buat gapo ~ Aktiviti hari tuh hanya untuk lower form. So, yang takda buat pape just lepak-ing dekat khemah rumah masing-2, snap-ing pictures, gossip-ing and apa apa jelah yang depa suka kan. Tapi kami team basketball kena berlatih dalam keadaan matahari terik gila. Gawd memang burn teruk lah en. Plus cepat penat. Tapi enjoy. Yes! Main basket memang penat, cepat lencun. Tapi enjoy sangat sangat kalau kita jadikan game tuh untuk enjoy bukan untuk tension-2 :)

Third day, shift dengan lower form. Kami yang upper form pulak busy dengan games. And and and, I'm involved in netball game. Hehehehe And and and, I'm one of the person yang selalu kena "Stepping!". Lol payah la nak jaga kaki. Main basket takyah jaga pun....... Husna pun kena! Lincah sangat budak kecil tuh. Hyperactive gila. Merentas desa number satu, main netball lincah gila gila. Haih pelik budak ni. Stamina tinggi gila. Hahaha yang penting team kami JUARA. FIRUZ JUARA :)






Hari yang keempat, penutup Hari Sukan Mrsm Kepala Batas. Dua hari sebelum bertungkus lumus prepare untuk cantikkan khemah rumah masing-2. Malam sebelum hari penutup, yang busy, busy gila sampai pukul 2 ke 3 pagi baru settle. Penat woooo. Dalam keadaan padang yang gelap kami prepare khemah. Hias sana sini. Guna iTorch je untuk suluh. Itu je yang hadoO kira syukur lettuw en. Dah siang tengok khemah balik "Oh macam ni rupanya apa yang kita buat malam tadi. Not bad la" Lol hahaha. So, majlis penutup en. Ada lah perbarisan and macam-2 tuh. Tapi rasanya semua focus on perbarisan setiap rumah sukan. Nak tengok kreativiti maskot setiap rumah. Macam-2 idea ada. Kreatif sungguh dorang ni. Kalau nak jumpa Iron Man, boleh singgah rumah Merah Delima. Nak jumpa Ninja Turtle, Hijau Zamrud. Kuning Berlian, TRANSFORMERS!! Hahahaha. Dan Angkasawan, Biru Firuz ;) Not only angkasawan. Kami ada Captain America!! :D Juara keseluruhan, Kuning Berlian. So congrates to Cikgu Jo!! Eh? Hahahaha Congrates Kuning Berlian ^^




Perbarisan Firuz Juara!! Yeay :D Nak tahu siapa yang ajar dorang? Siapa yang sanggup layan kerenah budak-2 tuh? Siapa yang semangat cari adik-2 untuk berlatih? SOLEHAH SALIM! Kawan aku seorang ni aktif gegila la hai ~ Adila dan aku hanya membantu... Heeee. Walaupun persediaan last minute, tapi jadi juara siapa tak seronok en? Masa tuh rasa nak peluk adik-2. Degil-2 dorang, tapi dorang buktikan degil dorang ada hasilnya ;) So, big clap untuk SOLEHAH SALIM sebab train dorang dari awal!! :D




She is Solehah Salim :) Congratulation, sayang! 

Hari kelima kami jadi tukang masak!! Satu maktab bau ayam! Eeeeeee ~ Hahahaha. Aktiviti bersama Homeroom. Pertandingan Masterchef! So so so, homeroom kami agak last minute preparation jugak la. Esok nak masak harini baru sibuk cari cikgu tanya nak masak apa. Tak pasal-2 kena marah dengan cikgu v.v Dan rupa rupanya cikgu dah prepare awal-2 nak masak apa. Hm kesian cikgu..... Okay dah stop sedih-2. Untuk Homeroom Puteri Pearl 5, yang jadi penyembelih ayam, Rahiman. Muahaha tak sangka dia pandai sembelih ayam :3 Asal halal ayam tuh dimakan, kira lulus lah en. Ayam yang disembelih oleh Rahiman tuh kami masak lemak ^^ dan yang banyak tahu menahu pasal masak memasak ni pun Rahiman. Hebat sungguh dia ni. Kami yang perempuan taktahu v.v Salute lah dekat Rahiman. Big clap to Rahiman pulak. *clap clap clap*



Petang slot LDP lagi (Y) Ldp semua terpaksa skip slot Alk sebab nak prepare untuk slot kami petang tuh, explorace. Maaf maaf maaf. Walaupun tak ramai yang turun untuk join, dah tulis nama pun ada yang tak johoin, tapi explorace kami kira best taw! Hahahaha. Aku jaga checkpoint dekat Court Tenis dengan Nisa', Fiqah, Taqi and Saas. Task kami kena jawab soalan je. Tapi ada lah benda yang kami buat bagi dorang susah sikit nak jawab. Hewhew. Dannnn... Okay ini geli *sebab aku yang buat, erk -.-* Lepas buat task tuh, semua ahli kena sapu muka dengan telur! Konon itu sebagai denda. Tapi semua kumpulan kena xD Lol jahatnya kami. Yang taktahannya, time sapu telur kat muka dorang tuh, er, ada yang ergh maigad tak lalu nak cerita. Tak pasal-2 muntah pink. K abaikan. Hanya aku yang tahu sebab aku yang buat. Eee, ingat balik geli gilaaaaaa!! Kdah. And ada satu kumpulan ni, budak form 1 kot, lelaki. Dah datang dekat checkpoint kami, buat task apa semua, pergi checkpoint lain suddenly dia datang balik "Abang, ada telur lagi tak? Nak main" Lol dia boleh minta dekat Saas lagi. Tak cukup agaknya apa yang Saas buat kat dia mula-2. Haih budak kecil. Macam-2.

Around 7 selesai sudah explorace kami. Dan bermulanya perang!! Hahahaha. Rasanya mula-2 main air Taqi dengan Saas. Konon nak basuh bola yang kami guna last-2 dorang dua dok main air -.- Kuyup semua ~ Moment Ldp lain dah nampak Saas dengan Taqi main air, dorang pun menjalankan apa yang dirancang! Wkwkwkwkwk. So HAPPY BELATED BIRTHDAY AIMAN HAKIM :D Tak pasal-2 tepung, kari, pelaka, tah apa apa lagi lah kau kena petang tuh. Muahahahaha. Itu tanda kami sayang presiden kami. Lol xD So do remember us, LDP 2012/2013 FOREVER taw!! Heeee ~




Konklusinya, saya rasa begitu bahagia dan seronok pada minggu aktiviti yang lalu walau pada fizikalnya muka saya burn teruk gila, merah-merah oh sangat tidak percaya itu adalah muka saya dan saya redha je nak buat macam mana en? Lol kdah bye.







Bahagianya aku pada tahun ini hanya Allah yang tahu. Hari pendaftaran 2013, gementar untuk menjejakkan kaki di Mrsm Kepala Batas. Tidak pasti sebabnya... Yang pasti aku terlalu gementar. Takut. Ahh bercampur baur perasaan ketika itu. Selawat sepanjang jalan dari Selangor ke Penang minta ketenangan dariNya. Aku ditempatkan di kelas yang tiada seorang pun berasal dari kelas yang sama tahun lepas. Bayangkan perasaan aku pada ketika itu? Dengan apa yang berlaku sebelum sebelum ni? Persoalan yang setiap hari bertanda soal, "boleh ke aku bertahan ni?" Kuatkan hati, aku hanya meneruskan perjalanan hidup yang Allah tentukan. Berpura-pura tenang. Tapi akhirnya? Aku bahagia dengan kawan-2. Kelas yang cukup happening. Aku rasa macam "Aku nak kawan dengan semua orang". Tiada lagi risau. Tiada lagi resah. Tiada lagi perasaan takut. Apa yang ada hanya GEMBIRA, GELAK TAWA. Aku harapkan semua ini akan berkekalan. Tahun penting aku. Tak mahu ada musuh. Tak mahu ada insan yang tak puas hati. Semua yang negative TAKNAK! Belajar sama-2. Berjaya sama-2. Bahagia dengan kejayaan sama-2 ;) Bitaufiq wannajah. Ilalliqa' !

















.




Thanks for spending your time reading my entry ♥

No comments:

Post a Comment