Monday, July 16, 2012

Semester 2 ~

Assalamualaikum.
Hye awak awak awak ! Kita dah balik. Ekceli dah lama dah balik. Dari hari Khamis. And dari hari Khamis jugak nak update blog, tapi tak terupdate sebab busy sangat. Huhuhu.

Tertanya-2 tak kenapa suddenly kita balik ? Hahaha. Ekceli, maktab kami jadi tuan rumah untuk minggu bahasa. So, pelajar yang tak terlibat diwajibkan balik. Moment kami dengar berita tuh, dalam hati dah berbunga - bunga. HEAVEN ! :D Lama tak balik. Rindu Selangor.

Semester 2. Macam-2 benda jadi. Benda paling tak boleh diterima apabila rombakan kelas berlaku. Hmm. Kelas kami, 406 merupakan kelas account. Ini bermakna, student yang mengambil Biology terpaksa dirombakkan dalam erti kata lain, pindah kelas ! Perkara yang paling menyedihkan semua ahli 406. Kami dah bersatu, kami bahagia bersama. Kenapa mesti pecahkan kami ? Hmm. Kami mahukan kelas kami yang dahulu. Terlalu banyak kenangan kami sepanjang satu semester. Kami dah rapat antara satu sama lain....



Kelas baru. Hmm. Masih dalam cubaan untuk selesakan diri. Tapi, benefitnya ada dekat kelas baru, ada seorang budak perempuan. Duduk sebelah saya, pandai sangat! Yeah. Macam-2 kiat mintak tolong dia. Baik, lemah - lembut, pandai. Her name, Suhaila. Beruntungnya saya. Sedikit sebanyak dapat mengubah prestasi akademik :)

Hari Jumaat sebelum Selaras. Senamrobik. Best moment ever! Kami berempat, memakai baju orientasi. Plan dari awal untuk berpakaian sama. Bagaikan satu pasukan. Seronok. Gelak tawa. Bagai diri tiada masalah. Kami bahagia. Hilang segala masalah yang terbeban. Dengan pelbagai aksi yang telah para guru dan warden tunjukan. Kami pelajar hanya mengikut dengan senang hati. Tidak menyangka aktiviti yang pada awalnya mendapat bantahan menjadi satu aktiviti yang menceriakan hari kami. Terima kasih cikgu dan warden ;)


Selaras. 9 subjek dijalankan dalam masa 3 hari. Bagai nak pecah kepala membaca buku. Mana tidaknya. Setiap hari, ada sahaja subjek berat. Begitu padat jadual. Tidak prepare sedikit pun sebelum menghadapi Selaras. Ohh, padan muka saya. Akibat kemalasan diri sendiri. Hmmm. Menghadapi kesukaran dalam menjawab soalan. Hampir kesemua paper. Apa lah nasib saya. Pointer ? Adakah akan jatuh ? Tidak !!

 Sehari sebelum pulang ke rumah, result addmath keluar. Kecoh sungguh mereka yang telah melihat result yang tertampal di board berdekatan dengan Jabatan. Nawh, saya perlu ke sana. Saya ingin tahu result saya. Pasti teruk. Masa menjawab, susah sangat v.v Sesampai disana, mencari cari nama sendiri. Tu dia !! I got 60, B+. Alhamdulillah meningkat :) Thanks to Cikgu Chempaka ! :D Love yaa.

Khamis, hari yang paling di nanti nanti kan. Semua pelajar diwajibkan pulang ke rumah masing - masing. Kecuali peserta, helpers, and pemain rugby. Asrama akan dihuni oleh peserta Minggu Bahasa dari maktab lain. Kami dikerah untuk membersihkan cube. Selagi tak bersih tak dapat kad outing ! Bertungkus lumus mengemas. Finally siap! Rasa kemas gila tempat tidur ku. Lalala ~ Menaiki bas. Berada di tempat duduk paling belakang bersama Nusratina. Sepanjang jalan, membaca novel.

Harini. Akan kembali ke Penang. Nawh, sekejapnya cuti. Belum puas. Tapi apakan daya. Harus pulang dengan segera. Selamat tinggal Selangor. Hello Penang! Saya mohon jangan terlalu memancarkan cahaya matahari yang terlalu terik. Sejak berada di sana, wajah saya tidak seperti dahulu. Sedih...













.
Thanks for spending your time reading my entry ♥

No comments:

Post a Comment