Thursday, August 16, 2012

My day.

Assalamualaikum.

Gelak tawa dalam bilik tv di Aspuri menonton cerekarama bersama Amirah serta penuntut yang lain.
Already twelve. Tayangan tamat tepat pada masanya. Gelak tawa masih tersisa. Lawaknya cerita tadi. Haih ~
Pulang ke cube masing-2.

Berniat untuk menyediakan air milo untuk diri sendiri. Lapar pula malam-2 ni. Lewls. Perut sepanjang masa ingin diisi, tetapi badan? Bila maw berisi?

Secara tiba-2, sebuah bantal dibaling melalui tingkap. Kwaja! Siapa baling? Aku tengah pegang air panas ni. Buatnya jatuh, terkena air panas, melecur, siapa nak tanggung? Grrr. Bebelan. Merenung ke arah tingkap. " Happy Birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Hartanty, happy birthday to you" Tergamam. Kembali menjadi insan di sebalik bantal. Lewls. Malunyaaaaa.





Mereka, kreatif dalam bab-2 melukis. Comel-2 belaka. Terima kasih atas hadiah yang diberi. Terharu dengan apa yang korang buat untuk sambut birthday aku. Thanks a lot. Love much  





                                       Special one. Star and DASH ! Ouch, love love love ! Cute.





This. Rasa macam.... WOW! Smart like real. Thanks to Amirah Yusof. Love it ;)


Birthday party di dalam cube. Tanpa cake, tanpa makanan yang sedap-2. Yang ada hanya biskut, air milo and the special one MAGGI ! Lewls.

Handphone berbunyi. Nama yang terpapar di screen membuatkan aku terkejut tahap gaban to the max macam beruk kena belacan. Pada awalnya, urgh -.- Sukar untuk memahami apa yang dibicarakan. Bising. Serabut. Ramai gila yang bercakap. Telinga aku ada sepasang jaa, mana satu nak dengar? Grrr -.-

Selain panggilan, message juga diterima. Terima kasih kepada Naffis yang cute dan Kri yang kacak kerana wish :) Panggilan diterima lagi. Nawh, pening kepala melayan mamat seorang ni -.-

Putus secara tiba-2. Lama menunggu kalau-2 ada panggilan lagi. Senyap.... Message masuk. Diminta untuk call semula. Sekali lagi, gegendang telinga digetarkan dengan nyanyian lagu "Happy Birthday" daripada mereka. Terima kasih kepada Naffis yang merancang :) Amat saya hargai.

Datangnya dua orang junior. Mengucapkan Selamat Hari Jadi. Awh, terima kasih sayang :) Appreciate!

Qiamullail. Waktu pagi hari kelahiran. Tenang. Solat sunat tahajjud, solat sunat taubat serta solat sunat hajat. Berharap apa yang dihajatkan dimakbulkan. Berkat bulan Ramadhan serta hari kelahiran. InsyaAllah.

Malam hari kelahiran. Di kelas prep. I have to finish my homework tonight! MUST ! Raya nanti tamaw fikir homework dah. Nak rayaaaa! Lewls. Suddenly, di tingkap. Again, tingkap lagi -.- "Kak Nurul, meh sini sat." Lahai, nak apa adik-2 comel? Kakak busy ni. Grrr. "Nah kek :D" Ehh? Apa ni? :O Tanpa bekas. Berlapik ka tangan. Anyonyo, acano nak buat homework ni? Huhuhu. Thanks btw to Bo, Anna, Nawhen and the gang sebab ingat akak ^^

Mengharapkan wishes daripada mereka yang special. Tiada.... Nawh, its okay :')
Apa pun, terima kasih kepada sesiapa yang ingat and wish. Twitterians and facebookers. Thanks a lot. Terima kasih jugak sebab doakan yang terbaik. Semoga Allah membalas segalanya. InsyaAllah.



                                                                                           12 AUGUST









Thanks for spending your time reading my entry ♥

No comments:

Post a Comment